KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya filem dokumentari "Man On The Run" dikeluarkan daripada saluran penstriman Netflix, kepada Kementerian Komunikasi.
Beliau berkata, perkara itu akan diteliti dan dipertimbang oleh kementerian itu.
“Nanti mereka (Kementerian Komunikasi) akan pertimbangkan,” jawabnya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Hijrah, Persiaran Desa Pinggiran Putra, di Kajang hari ini.
Pada Isnin, Najib menerusi peguamnya memohon kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix mengeluarkan filem dokumentari "Man on the Run" daripada ditayangkan di negara ini.
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, ketika memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, mendakwa dokumentari berdurasi 1 jam 38 minit itu sangat subjudis terhadap anak guamnya kerana perbicaraan 1MDB sedang berjalan dan pendakwaan terikat dengan tanggungjawab untuk mengambil tindakan segera.
"Man on the Run" ialah dokumentari yang diarah, ditulis, dan diterbitkan oleh Cassius Michael Kim berkisar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditayangkan di negara ini pada 19 Oktober tahun lalu.
Astro Awani
Fri Jan 12 2024
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diteliti dan dipertimbang oleh Kementerian Komunikasi. - Gambar fail/Bernama
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.